Selasa, 9 Ogos 2016 | 9:24am

Jersi nombor 6 untuk Pogba


Paul Pogba (dua dari kanan) sewaktu mewakili Manchester United pada 2012.

MANCHESTER: Bintang Perancis, Paul Pogba melengkapkan perpindahannya sensasinya ke Manchester United dari kelab Juventus dengan laporan rekod perpindahan dunia.

United berkata, Pogba menandatangani kontrak lima tahun tetapi tidak mendedahkan rekod perpindahan tetapi media Britain melaporkan anggarkan STG89 juta pound (RM467.59 juta).

Ini bakal menyaksikan pemain berumur 23 tahun itu memadam rekod yang STG85 juta pound (RM446.58 juta) yang dibayar Real Madrid kepada Tottenham Hotspur bagi mendapatkan Gareth Bale pada 2013.

Pemain tengah ini akan menyarung jersi nombor 6 di Old Trafford dan menerima gaji STG290,000 (RM1.5 juta) seminggu.

"Ini adalah kelab yang tepat bagi saya untuk mencapai semua yang saya harapkan dalam permainan ini," kata Pogba.

Pemain berumur 23 tahun itu berpindah ke Itali dari Old Trafford dengan perpindahan secara percuma pada 2012.

"Saya gembira menyertai semula United. Ia selalu menjadi kelab yang mendapat tempat istimewa dalam hati saya dan saya tidak sabar bekerja dengan (pengurus United) Jose Mourinho," kata Pogba.

Mourinho diberi tugas membawa kegemilangan semula kepada juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali selepas tiga tahun sejak persaraan Alex Ferguson.

Pengurus baharu United itu mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan kegemilangan kelab yang merangkul 20 gelaran tetapi hilang sengat sejak tiga tahun Alex Ferguson bersara.

"Dia (Pogba) mempunyai peluang menjadi nadi utama kelab untuk tempoh yang panjang. Paul adalah antara pemain terbaik dunia dan bakal menjadi pemain pilihan kepada pasukan yang saya mahukan bina untuk masa depan.

"Dia pantas, bertenaga, menjaringkan gol dan cepat membaca permainan berbanding pemain yang lebih berusia daripadanya,' kata Maurinho - Agensi

12 dibaca
Berita Harian X