Isnin, 17 November 2014 | 6:42pm

KWSP perkenal aplikasi iOS i-Akaun

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengakses rekod akaun mereka secara dalam talian menerusi aplikasi iOS 'i-Akaun KWSP'.

EPF i-Akaun oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) https://appsto.re/my/exdL2.i

"Aplikasi mudah alih itu akan membolehkan ahli melihat profil mereka, mendapat berita terkini mengenai KWSP di samping peta petunjuk jalan ke pejabat," menurut KWSP dalam satu kenyataan.

Aplikasi itu juga menawarkan kalkulator dalam talian bagi membolehkan pencarum mengira anggaran caruman tahunan mereka, berapa banyak boleh dikeluar untuk perumahan serta anggaran jumlah boleh dilabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, berkata keupayaan mengakses penyata KWSP dalam talian, telah membantu ahli memastikan caruman mereka tepat dan sebarang percanggahan dikesan lebih cepat.

"Pengenalan aplikasi mudah alih ini dan lain-lain saluran elektronik adalah selari dengan kemerosotan jumlah ahli yang melawat pejabat cawangan KWSP untuk melakukan perkara mudah seperti mencetak penyata KWSP.

"Kami mempunyai pangkalan data ahli yang besar dan ia penting menghulurkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai orang. Kami dapati aplikasi mudah alih sangat berkesan untuk tujuan ini," katanya.

Pengguna iOS boleh memuat turun aplikasi mudah alih 'i-Akaun KWSP' secara percuma daripada Stor Aplikasi Apple.

- BERNAMA

Berita Harian X