Ahad, 7 Ogos 2016 | 9:52am
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal penyokong JDT dalam padang Stadium Perak, Ipoh. - Foto Muhaizan

Provokasi penyokong lawan punca gaduh

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal penyokong JDT dalam padang Stadium Perak, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Nyanyian lagu 'Perak bangsat' oleh sekumpulan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dikatakan punca tercetus kekecohan selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi. 

Begitupun tindakan pantas pihak keselamatan stadium, polis dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan daripada berlaku pergaduhan besar. 

Bagi mengelak berlaku pergaduhan antara kedua-dua penyokong, penyokong JDT dikumpul di tengah padang dan dikawal ketat pasukan keselamatan.  Selepas memastikan penyokong tuan rumah meninggalkan stadium, penyokong pelawat kemudian dibenarkan menaiki bas kira-kira jam 1.30 pagi.

Seorang penonton yang enggan dikenali berkata, keadaan yang pada mulanya tenang bertukar bergelora apabila penyokong JDT menyanyi lagu menghina Perak.

Beliau mendakwa, tindakan itu mengakibatkan kedua-dua kumpulan penyokong saling membaling botol minuman dan alas tempat duduk stadium antara kedua-dua penyokong.

Berita Harian X