Sabtu, 30 Julai 2016 | 9:13pm

2 beradik ditembak mati kerana pilih sendiri pasangan


AKTIVIS membantah 'pembunuhan maruah' di Islamabad, Pakistan. - Foto fail EPA

LAHORE: Hasrat dua beradik untuk mendirikan rumah tangga punah apabila ditembak mati abang kandung mereka selepas bertindak memilih sendiri pasangan hidup, lapor polis, hari ini.

Polis Kanan, Mehar Riaz memberitahu AFP, Kosar dan Gulzar Bibi, masing-masing berusia 22 dan 28 adalah antara mangsa terkini pembunuhan 'bermaruah' di negara itu.

"Mereka ditembak abang kandung, Nasir Hussain, 35, semalam ketika bersiap sedia untuk mengahwini lelaki pilihan hati," katanya.

Nasir dikatakan menentang percintaan dua adiknya itu kerana mahu mereka mengahwini lelaki pilihan yang juga ahli keluarga terdekat mereka.

"Abang dua gadis ini menembak mereka semalam dan melarikan diri. Ia adalah kes mudah 'pembunuhan bermaruah'," katanya. - AFP

Berita Harian X