Sabtu, 30 Julai 2016 | 8:55am
PEMAIN Juventus, Paul Pogba. - Foto AFP

Belum ada perjanjian perpindahan Pogba - Ejen

PARIS: Masih tiada perjanjian dicapai antara Juventus dan Manchester United berkaitan perpindahan pemain antarabangsa Perancis, kata ejen pemain itu Mino Raiola, semalam.

"Wartawan > burung kakak tua. Tiada perjanjian dilakukan antara kelab itu," kata Raiola menerusi Twitter. "Ia adalah permainan antara wartawan Itali dan wartawan UK yang mahu menjadi nombor satu mengumumkannya dan siapa paling teruk."

Tawaran United dilapor bernilai STG86 juta (RM457.97 juta) ditolak oleh juara Itali ketika kelab itu cuba memancing Pogba kembali ke Old Trafford empat tahun selepas membenarkannya meninggalkan kelab itu secara percuma.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan United berminat menandatangani perancang berusia 23 tahun itu minggu lalu dengan berkata:

"Anda memiliki asap, anda memiliki api. Saya tidak akan cuba membuatkan anda naif dan percaya bahawa kami tidak cuba untuk mendapatkan seorang pemain."

Raiola membalas menerusi Twitter keesokannya: "Tiada perjanjian dicapai mengenai Paul Pogba, hanya banyak bla bla bla." - AFP

Berita Harian X