Sabtu, 30 Julai 2016 | 1:56am
LIMA askar terbunuh manakala lapan lagi cedera di daerah tenggara Turki di Cukurca. - Foto hiasan/Google

5 askar maut, 8 cedera diserang PKK di Turki

DIYARBAKIR: Lima askar terbunuh, manakala lapan lagi cedera dalam serangan oleh militan Kurdis di tenggara Turki di Cukurca, tenggara Turki.

Sumber berkata, tentera terbabit sedang menjalankan pemeriksaan keselamatan di jalan raya berhampiran Cukurca di wilayah Hakkari bersempadan Iraq dan Iran apabila mereka diserang militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK). - REUTERS

Berita Harian X