Khamis, 28 Julai 2016 | 3:34pm

Jaafar Mat Jawi dilantik Pengarah Kastam Johor


PENGARAH Bahagian Pematuhan, Ibu Pejabat Kastan Diraja Malaysia, Abu Hanipah Abdul Rahman (kiri) menyerahkan surat pelantikan Pengarah Kastam Johor kepada Jaafar Mat Jawi (kanan) sambil diperhatikan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan, Datuk T Subromaniam (dua dari kanan) dan Timbalan Pengarah Kastam Johor (Bahagian Penguatkuasaa ) Zulkurnain Mohd Yusoff dua dari kiri) di Pejabat Menara Kastam Johor Bahru. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jaafar Mat Jawi, dilantik sebagai Pengarah Kastam Johor berkuat kuasa hari ini.

Jaafar, 59, menggantikan Datuk Ramli Johari yang bersara daripada perkhidmatan mulai 11 Julai lalu sebelum tugasnya dipangku oleh Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pematuhan negeri, Abu Hanipah Abdul Rahman.

Majlis serah tugas diadakan di Menara Kastam di sini, hari ini, dengan disaksikan Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST), Datuk T Subromaniam.

Jaafar berkata, pelantikannya sebagai Pengarah Kastam Johor memberi makna istimewa kerana Johor adalah lokasi pertamanya melapor diri sebagai penguasa Kastam pada tahun 1981.

Jaafar bertekad membantu meningkatkan hasil dan kutipan cukai JKDM menerusi sistem terkini yang dapat meningkatkan keberkesanan dan integriti pasukan penguat kuasa.

Berita Harian X