Rabu, 27 Julai 2016 | 8:35pm

Bomba `selamatkan' rumah panjang 40 pintu


EMPAT daripada 40 pintu Rumah Panjang Aping di Jalan Mendamit, Limbang musnah dalam kebakaran petang tadi. - Foto Ihsan Bomba

LIMBANG: Tindakan pantas bomba berjaya menghalang api daripada memusnahkan sebuah rumah panjang 40 pintu di Jalan Mendamit, di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu menyebabkan empat pintu Rumah Panjang Aping, musnah terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.46 petang.

Dua jentera dengan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 6.08 petang.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati empat daripada 40 pintu rumah separuh kekal itu sudah terbakar.

"Anggota kami bertindak segera mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kediaman lain sekali gus berjaya menyelamatkan seluruh rumah panjang berkenaan," katanya.

18 dibaca
Berita Harian X