Rabu, 27 Julai 2016 | 4:25pm

Khairul Hafiz pecah rekod 100 meter kebangsaan


KHAIRUL Hafiz meraikan kemenangannya dalam acara 100m lelaki akhir dan turut memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.18 saat pada SUKMA 2016 di Stadium Sarawak, Petra Jaya, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUCHING: Atlet pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter ketika meraih pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Stadium Sarawak, sebentar tadi.

Khairul yang juga pelari remaja terpantas Asia dan mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Poland baru-baru ini, mencatat kepantasan 10.18 saat mengatasi catatan 10.30 saat milik Watson Nyambek, 18 tahun lalu.

25 dibaca
Berita Harian X