Selasa, 26 Julai 2016 | 2:58pm

Johor timbang cadangan wujudkan teksi air ke Singapura


PERKHIDMATAN teksi air di New York. Kerajaan Johor akan menimbang cadangan mewujudkan pengangkutan teksi air ke Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor ketika ini. - Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan menimbang cadangan mewujudkan pengangkutan teksi air ke Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor ketika ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ketika ini, kawasan Kong Kong di Pasir Gudang, dilihat lokasi terbaik untuk dijadikan terminal pengangkutan berkenaan.

Katanya, pengangkutan teksi air berkenaan membabitkan laluan Kong Kong ke Changi, Singapura.

"Laluan air masih lagi tidak digunakan sebagai medium pengangkutan membawa penumpang ke Singapura.

"Selain teksi air, cadangan penggunaan feri yang membawa kenderaan juga turut dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Aidilfitri bersama Pengurusan Terminal Teksi Johor Bahru-Singapura, di sini, hari ini.

Berita Harian X