Sabtu, 23 Julai 2016 | 4:37pm

Jenazah Tuan Guru Haji Salleh selamat dikebumikan


AHLI keluarga serta rakan-rakan mengusung jenazah, tokoh ulama Kedah, Tuan Guru Salleh Musa yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah akibat sakit tua untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Ar- Rahman. - Foto Amran Hamid

SIK: Jenazah tokoh ulama Kedah, Salleh Musa atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Salleh, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Ar-Rahman, Pekan Sik, tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Ar-Rahmaniah sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan jam 1.30 tengah hari.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia pada usia 87 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat sakit tua, malam tadi.

Berita Harian X