Sabtu, 23 Julai 2016 | 10:49am

72 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

ALOR SETAR: Hanya dua pusat pemindahan banjir masih beroperasi, masing-masing sebuah di Yan dan Pendang bagi menempatkan 72 mangsa banjir.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, seramai 47 mangsa banjir ditempatkan di Surau Kampung Sungai Lintang, Yan, manakala 25 orang lagi di Dewan Cenderawasih, Pendang.

Sebanyak 15 pusat pemindahan sudah ditutup secara berperingkat.

Berita Harian X