Jumaat, 22 Julai 2016 | 11:56am
MOHAMAD Hafizi Hashim, 25, (depan) bersama Mohamad Azwan Samsudin, 25, meredah air banjir yang semakin surut di hadapan rumah mereka di Sungai Yan. - Foto Amran Hamid

281 mangsa banjir di 4 pusat pemindahan

ALOR SETAR: Seramai 84 lagi keluarga dengan 281 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Yan dan Pendang, susulan banjir yang masuk hari kelima hari ini.

Mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu tiga di Yan dan satu di Pendang.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memaklumkan tiga pusat pemindahan di Yan ialah Surau Kampung Batu 22 dengan 11 keluarga (48 mangsa), 19 keluarga di Surau Kampung Sungai Lintang (47 mangsa) dan 21 keluarga di Dewan Shukor Yan (72 mangsa).

Pusat pemindahan di Pendang ialah Dewan Cenderawasih yang menempatkan 33 keluarga dengan 114 mangsa.

Banjir melanda empat daerah di negeri ini sejak Isnin lalu.

Berita Harian X