Jumaat, 22 Julai 2016 | 12:00am
BUAH zaitun digemari wanita mahupun pengeluar produk kecantikan dari dalam atau luar negara.
KEHEBATAN buah zaitun sudah diketahui sejak zaman pemerintahan Ratu Cleopatra.

Rahsia minyak zaitun

MINYAk zaitun bagi penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan utama bagi menghasilkan produk kecantikan.

MINYAK zaitun daripada buahnya menjadi ekstrak yang mampu menawarkan banyak khasiat untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.

Sama ada digunakan sebagai bahan sapuan atau dalam hidangan harian, kehebatan buah zaitun sudah diketahui sejak zaman pemerintahan Ratu Cleopatra.

Sejarah turut mencatatkan pelbagai manfaat boleh diperoleh daripada buah zaitun, bermula daripada penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan utama bagi menghasilkan produk kecantikan.

Buah zaitun yang matang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat, termasuk kandungan vitamin, zat besi, karbohidrat, serat, kalsium, magnesium, fosfor, beta-karoten, protein dan banyak lagi.

Justeru, tidak hairan sekiranya buah itu digemari wanita mahupun pengeluar produk kecantikan dari dalam atau luar negara.

BUAH zaitun ada khasiat pelbagai vitamin termasuk A, B1, B2, C, D, E dan K.

Kulit perlukan nutrisi

Pengasas The Olive Tree, Law Hong Mei, berkata kulit memerlukan nutrisi yang optimum agar kesihatannya terus terjaga. Dengan penggunaan minyak zaitun, kulit akan selalu dilindungi, terutama bagi menghindari masalah kulit.

Katanya, buah zaitun ada khasiat pelbagai vitamin termasuk A, B1, B2, C, D, E dan K. Oleh itu, tidak hairan jika nutrisi semula jadi buah itu dijadikan bagi setiap peringkat usia.

"Manfaat pertama minyak zaitun, mampu mengatasi masalah rekahan kulit akibat terlalu kering dialami ramai wanita. Biasanya kulit hilang kelembapan kerana kekurangan nutrisi dan juga terlalu kerap terdedah kepada pencemaran cahaya luar atau udara," katanya ketika ditemui di rangkaian The Olive Tree, pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Katanya, masalah kulit wajah kering akan mengurangkan kecantikan diri wanita kerana itulah penggunaan minyak zaitun diperlukan bagi memberikan kesan lebih menyegarkan, sekali gus menjaga kelembapan kulit.

Kata Hong Mei, kandungan antioksidan buah zaitun tinggi, baik untuk menyangkal serangan radikal bebas, malah boleh singkirkan serangan sel kanser kulit.

KULIT memerlukan nutrisi yang optimum agar kesihatannya terus terjaga.

Elak kulit bersisik

"Minyak zaitun berupaya memberikan penjagaan menyeluruh untuk kulit tubuh dan muka. Misalnya, jika kulit tubuh mengering, ia menyebabkan struktur kulit kasar dan bersisik. Keadaan ini sudah pasti menjejaskan penampilan dan keyakinan diri," katanya.

Mula memperkenalkan rangkaian produk penjagaan tubuh dan wajah berasaskan kemewahan buah zaitun sekitar 2015, katanya, buah itu juga mengandungi nutrisi penting bagi kesihatan kulit.

Hong Mei berkata, minyak zaitun mampu membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan tanda penuaan paling digeruni ramai wanita.

"Penggunaan minyak zaitun juga mampu memberikan kesan kulit lebih cerah, halus dan cantik berseri kerana kemampuannya untuk menanggalkan kesan kotoran degil pada permukaan kulit tubuh dan wajah anda.

"Ia juga dapat menyegarkan dan merehatkan kulit, serta menghilangkan garis halus, terutama pada wajah," katanya.

BUAH zaitun yang matang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat.

Hasilkan minyak berlebihan

Law berkata, minyak itu turut berupaya mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit tubuh dan wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.

"Nutrisi minyak zaitun berkesan mencegah jerawat dan menghilangkannya dalam masa yang singkat. Kandungan vitamin E misalnya, penting dan baik untuk membantu kulit mengatasi penghasilan minyak berlebihan serta menyebabkan jerawat pada wajah," katanya.

Selain itu, beliau katanya minyak zaitun boleh digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

"Kandungan antioksidan yang kaya pada minyak zaitun juga membolehkan kulit bernafas secara semula jadi, biarpun disapu pada permukaan kulit bermasalah.

"Manfaat polifenol juga melindungi sel dari ancaman kerosakan dan bersifat antikeradangan disebabkan akibat kulit terlalu lama didedahkan kepada pencemaran dan cuaca panas," katanya.

KAYA khasiat untuk tubuh, bantu atasi masalah kulit.

Kongsi manfaat

Rangkaian produk The Olive Tree menampilkan pelbagai koleksi berasaskan khasiat buah zaitun untuk penjagaan menyeluruh.

Hong Mei berkata, dengan menggunakan kelebihan buah itu bersana bahan semula jadi lain seperti bunga mawar, arang, avakado, lavender dan serai serta macademia, jenama produk diketengahkan itu membantu mengekalkan kelembutan dan kesihatan kulit serta rambut.

Katanya, sebagai ibu kepada dua anak berkulit sensitif, beliau sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia dan lembut untuk kulit mereka.

Khasiat minyak

"Selepas mendapati kemewahan khasiat minyak zaitun membantu mengurangkan masalah kulit, saya bercadang untuk kongsi manfaat buah ini dengan pengguna," katanya.

The Olive Tree mengetengahkan rangkaian produk menggunakan buah zaitun sebagai bahan asas pada koleksi sabun buatan sendiri, sabun mandian cecair, losen, pupur dan syampu untuk kegunaan menyeluruh.

INFO: Minyak zaitun

  • Boleh digunakan untuk penjagaan rambut.
  • Khasiat antibakteria secara semula jadi.
  • Kandungan hormon Dihidrotestosteron (DHT) membantu pembentukan sel rambut.
  • Tinggi dengan kandungan nutrisi seperti vitamin D, Vitamin E dan biotin.
  • Mencegah masalah rambut putus, botak dan gugur.
Berita Harian X