Rabu, 20 Julai 2016 | 8:33am

Adik Kate Middleton bertunang jutawan


PIPPA Middleton (kanan) bersama teman lelakinya, James Matthews. - Foto EPA

LONDON: Pippa Middleton, adik perempuan Duchess of Cambridge Britain, Kate Middleton dilaporkan bertunang dan akan berkahwin dengan seorang jutawan.

Teman lelakinya, James Matthews dilaporkan melamar Pippa, 32, pada hujung minggu lalu di Lake District di barat laut England.

Menurut Daily Mail yang memetik sumber yang rapat dengan pasangan itu, Pippa bersetuju mengahwini Ketua Pegawai Eksekutif Eden Rock Capital Management itu semalam.

Pasangan diraja Putera William dan Kate benar-benar gembira dengan berita itu, kata jurucakap Istana Kensington.

Pippa yang dilihat menyarung cincin pertunangan berlian yang menurut pakar berharga lebih 200,000 pound (RM1 juta) dilaporkan mula bercinta dengan Matthew, 40, hampir setahun lalu.

Setakat ini tarikh perkahwinan pasangan berkenaan masih belum ditentukan lagi. - Agensi

Berita Harian X