Selasa, 19 Julai 2016 | 9:12pm

Anggota polis cedera, MPV peronda terbabas


SEORANG anggota polis memeriksa MPV polis yang melanggar empat lot kedai di Kilometer 70 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu. - Foto Nurul Fatihah Sulaini

PERMAISURI: Seorang anggota polis cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan melanggar empat lot kedai di Kilometer 70 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, jam 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar, berkata anggota terbabit Lans Koperal Jeoffrey Jerry Jemie, 25, cedera terseliuh bahu kanan dan luka di kepala.

Katanya, mangsa menerima di Hospital Daerah Setiu sejurus selepas kemalangan yang berlaku berhampiran simpang ke Ulu Seladang.

Anggota terbabit dikatakan dalam perjalanan ke stesen minyak Petronas Bandar Permaisuri yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.

Elias berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X