Isnin, 18 Julai 2016 | 8:08am
MT-09 Tracer direka untuk menguji had tunggangan dan memberi keseronokan kepada penunggangnya.
PACUAN enjin 847cc tiga silinder tork tinggi.
MT-09 Tracer dijana enjin tiga silinder sebaris dengan kuasa 849cc DOHC 12 valve penyejukan cecair.

HLYM perkenal Yamaha MT-09 Tracer

BAKAL saingi model lain dalam segmen motosikal dua kegunaan

YAMAHA MT-09 Tracer 2016 akan menjengah ke pasaran tempatan mulai pertengahan bulan ini menerusi pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara dengan harga tawaran RM59,900 seunit.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dalam kenyataannya berkata model motosikal sport pengembaraan dua kegunaan itu dijana enjin tiga silinder sebaris dengan kuasa 849cc DOHC 12 valve penyejukan cecair.

"Pengenalan MT-09 Tracer menandakan model motosikal berkuasa tinggi utama kelima yang diperkenalkan Hong Leong Yamaha dan ia bakal menjadi model perdana baru bagi syarikat. Pelancarannya juga akan melengkapkan model sedia ada," kata kenyataan berkenaan.

MT-09 Tracer, katanya, menyediakan tunggangan berkuasa dengan bakal menjadi antara motosikal pengembaraan utama bagi jarak dekat dan jauh khususnya pada hujung minggu dan musim cuti.

Dilengkapi sistem kawalan cengkaman (Traction Control System) dan sistem brek cegah kunci (ABS), MT-09 Tracer menyediakan keselamatan dan keselesaan tunggangan.

Dengan berat kering hanya 190 kilogram, pacuan enjin 847cc tiga silinder tork tinggi, MT-09 Tracer direka untuk menguji had tunggangan dan memberi keseronokan kepada penunggangnya.

INFO: Yamaha MT-09 Tracer

  • Dijana enjin 849cc tiga-silinder sebaris DOHC 12-valve penyejukan cecair
  • Kuasa 113 hp pada 10,000 rpm
  • Tork 93 Nm torque pada 8,500 rpm
  • Berat kering: 190 kg
  • Tangki minyak 18-liter
  • Harga RM59,900 (tidak termasuk GST, cukai jalan, insuran dan pendaftaran)
Berita Harian X