Ahad, 17 Julai 2016 | 7:49am
PESAWAT Turkish Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul. - Foto fail Reuters

Larangan penerbangan dari Turki ke AS - FAA

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) hari ini melarang semua syarikat penerbangan terbang dari Turki ke Amerika Syarikat susulan cubaan rampasan kuasa di negara itu.

FAA juga mengeluarkan arahan mengharamkan pesawat komersial dan persendirian AS terbang ke Turki.

"FAA kini memantau keadaan semasa di Turki dengan kerjasama Jabatan Negara dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan kami akan memberikan perkembangan terkini mengenai larangan yang berkaitan," kata FAA dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Turki semalam menahan lebih 3,000 orang yang menjadi suspek cubaan rampasan kuasa oleh tentera sehingga mencetuskan hura-hara di dua bandar raya utama negara itu. - Reuters

Berita Harian X