Khamis, 13 November 2014 | 4:13pm

Liverpool lega Sturridge kembali berlatih


Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge.

LONDON: Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge sudah kembali menjalani latihan penuh buat pertama kali sejak tersisih lama gara-gara tercedera paha.

Pemain berusia 25 tahun itu yang mengalami kecederaan itu ketika berlatih bersama skuad England pada Ogos lalu berkata dia sudah bersedia menerusi Twitter.

"Latihan saya hebat. Saya gembira dapat kembali," katanya, semalam.

Sturridge hanya beraksi tiga perlawanan untuk Liverpool, musim ini termasuk menjaringkan gol ketika kemenangan 2-1 ke atas Southampton dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Dia dijangka kembali untuk bersama The Reds apabila menentang Crystal Palace pada 23 November ini.

Tanpa Sturridge, Liverpool hanya memenangi empat perlawanan daripada jumlah 14 perlawanan dalam semua kejohanan dan tercicir ke tangga ke-11 liga - 15 mata di belakang pendahulu, Chelsea. - REUTERS

Berita Harian X