Ahad, 10 Julai 2016 | 1:36pm
PDRM logo

Remaja ditemui lemas

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki ditemui lemas pagi ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi laut di Kampung Menumpang, Kuala Penyu, petang semalam. 

Mayat Mohd Azuddin Ajol, 18, ditemui pada jam 7.15 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa dan tiga rakannya difahamkan pergi ke pantai kampung itu untuk mandi kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata dalam kejadian itu, hanya mangsa bersama dua lagi rakannya yang mandi, manakala seorang lagi rakan mereka berada di tepi pantai.

"Berdasarkan maklumat rakan mangsa, tiga rakannya itu hilang selepas dipukul ombak besar secara tiba-tiba. Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, tetapi Mohd Azuddin hilang," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Penyu untuk bedah siasat.

Berita Harian X