Khamis, 7 Julai 2016 | 4:32pm

Sentiasa amalkan pemanduan berhemah - MB Kelantan


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob minta pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan secara berhemah sepanjang musim perayaan ini.

Katanya, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan secara berterusan terhadap kenderaan berat yang berisiko mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Pada musim perayaan, kenderaan berat memang dihadkan melalui jalan raya bagi mengelakkan bahaya kepada kenderaan kecil.

"Kita juga mengharapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketatkan lagi peraturan dan menaikkan denda kepada pemandu kenderaan berat yang menjadi punca kemalangan jalan raya terutama membabitkan kehilangan nyawa," katanya ketika ditemui di sini tadi.

Beliau ditemui dalam majlis rumah terbukanya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di sini.

Berita Harian X