Rabu, 6 Julai 2016 | 10:24am

Sultan Johor tunai solat Aidilfitri di Masjid Sultan Iskandar


Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri dan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kanan) di Masjid Bandar Dato Onn. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di sini, bersama lebih 1,000 jemaah.

Baginda tiba pada jam 8.20 pagi diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta anakandanya yang lain.  

Turut menyambut ketibaan Baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Baginda kemudian meluangkan masa kira-kira 20 minit bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang pada jam 9.18 pagi. 

Sultan Ibrahim juga dijangka berangkat ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor di Saujana, dekat sini kira-kira jam 10.30 pagi.

Berita Harian X