Isnin, 4 Julai 2016 | 7:57am

7 sekeluarga maut nahas dekat Gua Musang


TUJUH sekeluarga maut, manakala lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi ini. - Foto ihsan pembaca

GUA MUSANG: Tujuh sekeluarga maut, manakala lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok di sini, awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan dua kereta Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori lima tan Hino.

Difahamkan, nahas berpunca apabila lori dari arah Kuala Krai itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa dari Gua Musang.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Berita Harian X