Sabtu, 2 Julai 2016 | 10:59am

Saat paling hebat buat Wales: Giggs

gn4id:14611607

LONDON: Ryan Giggs menyifatkan kejayaan Wales menewaskan Belgium dan mara ke separuh akhir Euro 2016 sebagai saat paling hebat dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kemenangan di Lille itu menyaksikan Wales ke separuh akhir kejohanan utama buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Ia satu keputusan yang mengagumkan berdasarkan penampilan pertama Wales dalam acara terkemuka sejak tewas di tangan juara, Brazil pada suku akhir Piala Dunia 1958 di Sweden.

"Saya sangat berbangga," kata bekas pemain berusia 42 tahun itu ketika bertindak sebagai pengulas untuk ITV British.

"Ia adalah malam yang paling hebat dalam sejarah bola sepak Wales, keputusan yang terbaik dalam sejarah bola sepak Wales tetapi lebih hebat, ia adalah prestasi yang terbaik.

"Untuk membuat pasukan yang menduduki tempat kedua di dunia kelihatan begitu biasa dan akhirnya menang dengan selesa adalah sangat menarik.

"Mereka (Wales) adalah pasukan yang lebih baik di setiap bahagian - pertahanan, serangan, mereka memenangi setiap perebutan bola, dan mereka kelihatan selesa.

"Sudah tentu Belgium memiliki masa mereka, tetapi begitu juga Wales. Tiga gol yang hebat," katanya.

Giggs tampil sebanyak 64 kali bersama Wales, adalah pemain paling berjaya dalam sejarah United dan dia mengumpulkan rekod penampilan sebanyak 963 kali selain memenangi 35 trofi utama sebelum bertindak sebagai pembantu kepada David Moyes dan Louis van Gaal. - AFP

Berita Harian X