Jumaat, 1 Julai 2016 | 10:04pm

Giggs akhirnya tinggalkan Old Trafford


RYAN Giggs. - Foto Reuters

LONDON: Ryan Giggs menamatkan karier 29 tahun bersama Manchester United, kata kelab Inggeris itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas pemain dan jurulatih berusia 42 tahun dari Wales itu masih mempunyai baki setahun bersama kelab, dan pernah bekerja di bawah pengendali David Moyes serta Louis van Gaal.

Namun di bawah pengendali baru, Jose Mourinho, Giggs gagal mencapai persetujuan dalam peranan barunya di Old Trafford dan dia memutuskan untuk meninggalkan United.

Giggs menyertai United ketika berusia 14 tahun dan sudah beraksi sebanyak 963 kali untuk kelab berkenaan, termasuk membantu mereka menjuarai 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Liga Juara-Juara sebelum bersara sebagai pemain pada tahun 2014.

Sebelum ini namanya disebut-sebut sebagai pengendali United, tetapi kini impian itu terpaksa di teruskan bersama kelab lain. - Reuters

Berita Harian X