Jumaat, 1 Julai 2016 | 12:58am

Rubysoho tawar khidmat gunting rambut percuma


TUKANG gunting Rubysoho Barber memberi perkhidmatan gunting rambut percuma. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUANTAN: Seramai 150 golongan kurang berkemampuan termasuk 19 pelajar Maahad Tahfiz Muhammadi Bukit Rangin menerima perkhidmatan gunting rambut percuma daripada Kedai Gunting Rambut Rubysoho di sini, petang Khamis.

Pemilik Kedai Gunting Rambut Rubysoho, Izhar Azizan, berkata lima tukang gunting terbabit mengendalikan urusan menggunting rambut golongan yang kurang bernasib baik ini.

"Program bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik membuat persiapan menghadapi musim perayaan tidak lama lagi," katanya ketika ditemui pada program itu.

Berita Harian X