Selasa, 11 November 2014 | 6:07pm

Perjanjian jual beli saham syarikat air Selangor dimeterai

PUTRAJAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad hari ini memeterai perjanjian jual beli saham berikutan penstrukturan semula industri air negeri itu.

Majlis menandatangani perjanjian jual beli saham itu disaksikan disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pemeteraian perjanjian jual beli itu adalah titik permulaan kepada pelaksanaan perjanjian utama penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor yang ditandatangani pada 12 September lalu antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor.

Termeterainya perjanjian ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menjadi pemilik baharu kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

13 dibaca
Berita Harian X