Khamis, 30 Jun 2016 | 6:29pm

154 anggota JPJ Pulau Pinang bertugas sepanjang Aidilfitri


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang, Noorul Habib Abdul Guduse. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Seramai 154 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan bertugas sepanjang Ops Khas Aidilfitri bermula hari ini hingga 13 Julai.

Pengarah, Noorul Habib Abdul Ghuduse, berkata anggota dan pegawai itu akan ditempatkan di beberapa lokasi dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan bagi memantau pengguna jalan raya.

Bagi memantapkan operasi sepanjang Aidilfitri itu, katanya, tujuh strategi penguatkuasaan akan digunakan bagi memastikan objektif dikehendaki tercapai.

"Antara strateginya ialah pemeriksaan bas ekspres di terminal bas utama, menyamar sebagai penumpang bas ekspres, operasi rondaan di lebuh raya dan jalan utama, penyamaran bergambar, operasi penguatkuasan ke atas motosikal serta menjalankan kempen advokasi.

"Langkah ini akan membuatkan masyarakat berjaga-jaga berikutan kehadiran anggota dan pegawai JPJ di jalan raya sepanjang 24 jam.

"Operasi dua minggu ini akan dibantu anggota dan pegawai beberapa agensi lain antaranya polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Skuad Muda 1 JPJ," katanya pada sidang media Ops Khas Aidilfitri peringkat negeri di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru di sini, petang tadi.

Berita Harian X