Khamis, 30 Jun 2016 | 5:59pm

DUKE tawar diskaun 10 peratus sempena Aidilfitri


Laman web rasmi DUKE di www.duke.com.my.

KUALA LUMPUR: Pemegang Konsesi bagi Lebuhraya Duta-Hulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) menawarkan potongan harga kadar tol 10 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Aidilfitri.

Diskaun boleh dinikmati bermula jam 11.59 malam pada 5 Julai hingga jam 12 tengah malam keesokannya.

Pengarah Eksekutif KESTURI, Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata pemberian diskaun itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dan Kumpulan Ekovest sepanjang tahun ini.

"Kita harap pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu pada musim perayaan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tawaran diskaun tol berkenaan diumumkan selepas majlis pelancaran Ops Selamat IX di Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Pengguna jalan raya boleh mendapatkan maklumat trafik menerusi talian 03-62519100 atau melayari laman web rasmi di www.duke.com.my.

Berita Harian X