Rabu, 29 Jun 2016 | 12:21am

SUSU SEJAT MARIGOLD: Pais Ikan Tempoyak


Sempena Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD kini memperkenalkan koleksi resipi-resipi baru untuk dihidangkan semasa berbuka puasa. Sudah tentu kurma dan minuman segar pasti terhidang untuk menyegarkan dan menceriakan lagi detik berbuka yang bermakna ini.

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD. Diperkaya dengan Vitamin A & D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Pais Ikan Tempoyak

Bahan-bahan perapan:

1sm kunyit

1sm lengkuas

5 biji cili padi

2 batang serai

2 helai daun kesum

1 biji bawang merah, dipotong dadu

1 sudu teh biji lada sulah

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

4 sudu besar tempoyak

1 sudu besar minyak sapi

4 sudu besar Susu Sejat Penuh Krim MARIGOLD

(dikisar)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan

4 helai daun pisang

2 helai daun kunyit

Cara penyediaan:

1. Perap ikan dengan bahan-bahan kisar. Balut ikan dengan daun kunyit dan daun pisang. Perap selama sekurang-kurangnya 12 jam dalam peti sejuk.

2. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 20 minit atau sehingga ikan masak.

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Menunggu: 12 jam

Masa Memasak: 20 minit

Hidangan: 2 orang

Berita Harian X