Selasa, 11 November 2014 | 2:04pm

MARA peruntuk RM100 juta bantu usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan bantuan pinjaman sebanyak RM100 juta bagi membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan di luar negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata peruntukan itu disediakan melalui kerjasama dengan Bank Exim.

Mohd Shafie berkata, melalui peruntukan itu, MARA dijangka akan dapat membantu kira-kira 50 usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan di luar negara.

Berita Harian X