Isnin, 27 Jun 2016 | 12:30am

SUSU SEJAT MARIGOLD: Pengat Pisang

Sempena Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD kini memperkenalkan koleksi resipi-resipi baru untuk dihidangkan semasa berbuka puasa. Sudah tentu kurma dan minuman segar pasti terhidang untuk menyegarkan dan menceriakan lagi detik berbuka yang bermakna ini.

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD. Diperkaya dengan Vitamin A & D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Pengat Pisang

Bahan-bahan:

2 sudu besar santan segar

2 sudu besar gula putih

15 biji pisang mas, dibelah dua

40g gula Melaka

700ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

100ml Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

4 helai daun pandan, disimpul

1 sudu teh garam

100g biji sago, dimasak

Cara penyediaan:

1. Panaskan santan, 1 sudu besar gula dan pisang sehingga gula dilarutkan. Ketepikan.

2. Larutkan gula Melaka dan 1 sudu besar gula dalam periuk, masukkan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

3. Kemudian masukkan daun pandan, garam dan pisang. Masak sehingga pisang empuk.

4. Masukkan biji sago dan masak selama 5 minit sehingga mendidih.

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

Hidangan: 3-4 orang

Berita Harian X