Khamis, 23 Jun 2016 | 10:16pm

Griezmann ikat kontrak baharu bersama Atletico

PENYERANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann. - Foto Reuters

MADRID: Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menandatangani perjanjian baharu dengan Atletico Madrid yang meletakkan penyerang antarabangsa Perancis itu kekal bersama kelab La Liga berkenaan hingga 2021.

Greizmann meledak 32 gol ketika skuad kendalian Diego Simeone terlepas gelaran liga Sepanyol di belakang Real Madrid dan juara, Barcelona musim lalu.

Dia juga terlepas sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara ketika tewas kepada pencabar bandar raya sama, Real Madrid.

"Bintang berkenaan memperbaharui kontrak bersama kelab kami sehingga 30 Jun, 2021," menurut kenyataan Atletico, hari ini.

Pemain berusia 25 itu "gembira selepas dua musim bersama pasukan kami" sejak 2014 dengan mengumpul 57 gol.

"Saya sangat gembira, sangat gembira untuk kekal bersama keluarga ini dan bersama projek ini," kata Griezmann. - AFP

Berita Harian X