Rabu, 22 Jun 2016 | 1:03am

SUSU SEJAT MARIGOLD tambah keenakan sajian


Sempena Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD memperkenalkan koleksi resipi baharu untuk dihidangkan ketika berbuka puasa.

Sudah tentu kurma dan minuman segar pasti terhidang untuk menyegarkan dan menceriakan lagi detik berbuka yang bermakna ini.

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD.

Diperkaya dengan Vitamin A dan D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Ayam Masak Lemak Kunyit dengan Nangka Muda

Bahan untuk pes:

3 biji bawang kecil

20 gram (g) bawang putih

2 sentimeter (sm) kunyit segar

30 g udang kering

40 mililiter (ml) minyak masak

* Semua bahan ini dikisar

Bahan:

2 liter air

Garam secukup rasa

300 g nangka muda, dipotong dadu

1 biji cili padi

5 biji cili merah, dibuang biji

40 ml minyak masak

1-3 biji cili padi

200 g dada/paha ayam, digaul dengan sedikit garam, serbuk lada dan 1 sudu teh tepung jagung

1 liter pati ayam

1 cawan air

2 batang serai

1 helai daun limau purut

150 g kacang panjang

150 ml KRIMER SEJAT MARIGOLD

Cara penyediaan:

1. Rebus nangka dalam 2 liter air dan garam, sehingga empuk. Keluarkan nangka dan ketepikan.

2. Tumis pes, cili padi and cili merah dengan minyak sehingga naik bau. Tambah cili padi jika perlu.

3. Kemudian masukkan nangka rebus, ayam dan pati ayam. Tambahkan air jika perlu.

4. Masukkan serai, daun limau purut, kacang panjang dan masak selama 10 minit.

5. Kemudian masukkan KRIMER SEJAT MARIGOLD dan kacau sehingga mendidih selama 10 minit.

Masa Penyediaan: 25 minit

Masa Memasak: 20 minit

Hidangan: 3-4 orang

Berita Harian X