Selasa, 21 Jun 2016 | 10:55pm

Ibrahimovic mahu bersara dari bola sepak antarabangsa

PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic. - Foto AP

NICE: Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic, hari ini menyuarakan hasrat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa pada penamat Euro 2016.

"Perlawanan terakhir (di Euro 2016) akan menjadi perlawanan terakhir saya buat Sweden.

"Saya bangga dengan apa yang sudah saya terima dan sentiasa membawa bendera Sweden bersama saya," katanya.

Sweden akan berdepan Belgium, esok dan perlu menang untuk mendapat peluang realistik layak ke kelompok 16 pasukan terakhir. - REUTERS

Berita Harian X