Selasa, 21 Jun 2016 | 9:46pm

Isteri maut, suami parah kemalangan di LPT2

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu suaminya dalam kemalangan di Kilometer 339.8 Lebuh Raya Pantai Timur LPT2, dekat Paka, lewat petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang, Erawati Che Mat, 36, yang berasal dari Kampung Seberang Marang, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu ZamrI Rani, 42, yang berasal dari Kuala Terengganu, terbabas.

Kenderaan itu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum berpusing dan terbalik.

Jenazah mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut, manakala suaminya yang mengalami kecederaan dalaman, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Berita Harian X