Ahad, 19 Jun 2016 | 11:09pm

Sedan mewah Jaguar XJ di Malaysia

JAGUAR Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) melancarkan sedan mewah lengkap, Jaguar XJ yang berwajah lebih menarik di Malaysia, dengan memperkenalkan ciri baharu menarik bagi pelanggan yang arif memilih.

Versi terbaharu model kebanggaan Jaguar ini menggabungkan kecantikan, kemewahan anggun dan kuasa luar biasa dalam satu kenderaan yang tiada tandingan.

Sedan mewah XJ bersaiz penuh baharu ini lebih menonjol dan menyerlah, dengan gril depan menawan, lantas mencetus penampilan lebih segak dan yakin. Penampilan ini diperkukuh dengan lampu depan adaptif LED penuh bersama lampu kendalian siang `J Berganda' tersendiri serta lampu belakang yang menarik perhatian.

Pemanduan dinamik

Binaan aluminium penuh memastikan XJ lebih utuh, lebih tegar tetapi masih lebih ringan, menampilkan kereta yang lebih responsif, tangkas dan menjimatkan minyak.

Hasilnya, XJ baharu menjanjikan pengalaman memandu lebih dinamik bagi pemandu serius.

Malah, pengalaman lebih menarik bagi penumpang yang menaiki sedan mewah ini kerana kabin dibina untuk memanjakan penumpangnya, dengan ruang mencukupi untuk meregangkan kaki dan bersantai sambil menikmati hiburan yang disediakan oleh Sistem Bunyi Meridian Digital Surround 825W dengan 20 Speaker.

Tiga pilihan enjin

Bagi pasaran Malaysia, JLRM menawarkan XJ baharu dengan jarak roda yang panjang bersama tiga pilihan enjin yang digandingkan dengan Transmisi Automatik Elektronik 8 Kelajuan yang dilengkapi Jaguar Sequential Shift.

Pilihan enjin Petrol Cas Turbo 4 Silinder 240Ps 2.0-liter dijual pada harga daripada RM645,000.

Pelanggan juga boleh memilih enjin Petrol Supercaj V6 340PS 3.0-liter yang dijual pada harga RM830,000 dan ke atas atau Diesel Cas Turbo 300PS 3.0-litre V6 pada harga RM800,000 dan ke atas.

Harga yang dinyatakan adalah termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Setiap XJ baharu disediakan bersama manfaat Jaguar Care, yang merangkumi waranti lima tahun/150,000km atau servis 80,000km (enjin 2.0-liter) atau 65,000km (enjin 3.0-liter) dan khidmat Bantuan Tepi Jalan Jaguar selama tiga tahun.

Sistem paling pintar

Pengarah Urusan JLRM, Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya gembira menawarkan rangkaian lengkap model Jaguar terbaharu yang bersaing dalam hampir semua kategori segmen sedan mewah premium di Malaysia.

"Pengguna kenderaan yang arif kini mempunyai pilihan membeli kereta mewah yang bukan saja kaya dengan warisan keunggulan, tetapi turut menawarkan pengalaman pemanduan luar biasa," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

XJ baharu ini dilengkapi sistem bantuan pemandu paling pintar untuk menjadikan setiap perjalanan lebih selamat bagi penumpang dan juga pejalan kaki.

Untuk maklumat lanjut berhubung Jaguar XJ baharu dan rangkaian lengkap model Jaguar yang boleh didapati di Malaysia sila layari www.jaguar.com.my atau kunjungi wakil penjual sah - SISMA Auto Glenmarie, Sime Darby Auto ConneXion Petaling Jaya, dan SISMA Auto Kuala Lumpur.

INFO Jaguar XJ

  • Lampu depan adaptif LED penuh dengan lampu LED kendalian siang 'J' berganda dan lampu belakang yang menarik perhatian.
  • Binaan aluminium penuh yang lebih kukuh, lebih tegar tetapi masih lebih ringan; mengetengahkan kereta yang lebih responsif, tangkas dan menjimatkan minyak.
  • Sistem Pengesan - Sentuhan Pejalan Kaki mengurangkan hentakan semasa berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki dan mencegah sentuhan dengan komponen enjin.
Berita Harian X