Ahad, 19 Jun 2016 | 12:47am

Kemenangan BN bukti rakyat iktiraf PM - MB Terengganu


MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

KUALA TERENGGANU: Kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah bukti sokongan dan pegiktirafan rakyat kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, dalam satu kenyataan berkata, kemenangan itu juga bukti rakyat masih yakin dan menyokong BN walaupun pelbagai fitnah dilemparkan oleh pembangkang.

Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu turut merakam ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir atas kemenangan di Kuala Kangsar.

"Beliau memacu BN negeri dengan cemerlang sekali hingga menghasilkan pertambahan majoriti dalam kemenangan kali ini," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerus itu juga berterima kasih kepada seluruh jentera BN Terengganu, yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen di Kuala Kangsar.

Berita Harian X