Sabtu, 18 Jun 2016 | 10:23pm

Mastura bertekad teruskan perjuangan suami


AHLI Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Mohd Yazid bersama Keempat-empat anak, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar. - Foto Danial Saad

KUALA KANGSAR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Mohd Yazid melahirkan rasa syukur atas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, sebentar tadi.

Beliau juga bertekad meneruskan perjuangan suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Saya akan menunaikan hasrat kepemimpinan parti selain meneruskan rancangan serta kerja-kerja arwah suami yang belum selesai di Kuala Kangsar," katanya.

Berita Harian X