Sabtu, 18 Jun 2016 | 9:35pm
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kunjungan ke kediaman calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - Foto Khairull Azry Bidin

Zahid tiba di pusat penjumlahan rasmi undi

KUALA KANGSAR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak di sini bagi mengikuti majlis pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, malam ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri membuat kunjungan ke kediaman calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid di Bukit Chandan, di sini.

Antara kepemimpinan BN yang turut sama hadir termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Presiden GERAKAN yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Keempat-empat anak calon BN, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar, turut sama hadir di sini.

Berita Harian X