Khamis, 16 Jun 2016 | 8:32am
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera selepas tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya besar di MITC, Ayer Keroh, Melaka, malam tadi. - Foto ihsan Bomba

Tangan budak tersepit eskalator


Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang cedera selepas tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya besar di MITC, Ayer Keroh, Melaka, malam tadi. - Foto ihsan Bomba

AYER KEROH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera di tangan selepas tersepit pada ekskalator di sebuah pasar raya besar di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, malam tadi.

Kejadian jam 10 malam itu menyebabkan Iman Sumaiyah Masri luka tangan kanannya akibat tersepit di bahagian pemegang eskalator terbabit.

Difahamkan, mangsa bersama keluarganya menggunakan eskalator untuk ke aras satu pasar raya berkenaan bagi membeli barangan keperluan Aidilfitri.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Ayer Keroh, Ashraf Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 10.02 malam sebelum sepasukan 12 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi tiga minit kemudian, anggota mendapati tangan kanan kanak-kanak itu tersepit.

"Tangan kanak-kanak perempuan itu dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan mesin hidraulik dalam tempoh lima minit dan operasi selesai pada jam 10.12 malam.

"Mangsa luka ringan di tangan dan dihantar ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Katanya, punca kejadian masih disiasat.

Berita Harian X