Selasa, 14 Jun 2016 | 9:46am

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS


Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pagi ini susulan sokongan belian dan sentimen positif, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0800/0850 berbanding dolar. Ia ditutup semalam pada 4.0890/0940.

Peniaga berkata, ringgit dijangka kukuh bersandarkan kepada harga minyak mentah yang lebih baik selain peningkatan keraguan berhubung kenaikan kadar faedah di AS.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6080/6140 daripada 4.6083/6156 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.8472/8530 daripada 3.8572/8630.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0120/0161 daripada 3.0110/0169 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.7977/8056 daripada 5.7851/7938 semalam. - BERNAMA

Berita Harian X