Selasa, 14 Jun 2016 | 9:40am

Filipina sahkan tebusan kedua Kanada dipenggal


GAMBAR fail dari rakaman video tawanan militan Abu Sayyaf, Robert Hall (kiri) dan John Ridsdel. - Foto AP

MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan seorang lagi warga Kanada mati dipenggal militan Abu Sayyaf, mangsa tebusan Kanada kedua dibunuh dalam tempoh dua bulan selepas tuntutan wang tebusan yang besar gagal dipenuhi.

Robert Hall, diculik dari sebuah jeti marina September lalu bersama seorang lagi warga Kanada, Norway dan Filipina.

Terdahulu, warga Kanada yang juga bekas eksekutif perlombongan, John Ridsdel, dipenggal pada April lalu.

Jurucakap Presiden, Herminio Coloma mengutuk "pembunuhan kejam dan tidak masuk akal" ke atas Hall.

Hall ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf di dalam hutan di Wilayah Sulu di selatan selama sembilan bulan.

Kerajaan Filipina berikrar untuk menamatkan tindakan keganasan militan. - AP

Berita Harian X