Isnin, 13 Jun 2016 | 9:57pm

Sepanyol, Republik Czech buntu separuh masa

PEMAIN Sepanyol, Andres Iniesta diasak pemain Republik Czech, Jaroslav Plasil ketika perlawanan Euro 2016 Kumpulan D antara Sepanyol dan Republik Czech di Stadium perbandaran di Toulouse, Perancis . - Foto AP

TOULOUSE: Juara bertahan, Sepanyol terikat 0-0 berdepan Republik Czech sebaik berakhir separuh masa pertama saingan Kumpulan D, Euro 2016 di Stadium Municipal, Toulouse, sebentar tadi.

Skuad La Roja menguasai lebih 65 peratus kawalan bola, namun masih belum mampu memecahkan kebuntuan dengan penjaga gol Republik Czech, Peter Cech menjadi wira pasukannya.

Cech menyelamatkan tiga percubaan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata selain satu cubaan Nolito pada babak pertama dengan pasukannya hanya berjaya melakukan satu cubaan tepat pada penghujung babak pertama. - AGENSI

Berita Harian X