Ahad, 12 Jun 2016 | 10:40pm

Peruntukan RM350,000 untuk masjid di Bendang Panjang


AHMAD Zahid ketika hadir di Masjid Sultan Abdul Jalil Bendang Panjang bagi menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi meluluskan peruntukan RM350,000 untuk menaik taraf Masjid Sultan Abdul Jalil, Kampung Bendang Panjang di sini. 

Beliau mengumumkan perkara itu selepas menunaikan solat Tarawih bersama jemaah di masjid berkenaan di sini sebentar tadi. 

Difahamkan, peruntukan itu antara lain untuk memasang hawa dingin, menukar permaidani, mengecat bangunan  dan lain-lain keperluan.

Berita Harian X