Rabu, 20 Ogos 2014 | 6:14pm

Harga getah ditutup lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan kelemahan ringgit yang berterusan, kata peniaga.

Harga getah tempatan juga menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) apabila ekuiti Jepun yang lebih kukuh serta yen yang lebih rendah merangsang sentimen.

Ketika ditutup, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 menokok 0.5 sen kepada 513 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 2.0 sen kepada 417.50 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 meningkat 1.0 sen kepada 513.50 sen sekilogram manakala lateks pukal jatuh 0.5 sen kepada 417.5 sen sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X