Sabtu, 11 Jun 2016 | 5:36pm

Penjawat awam Sabah dapat duit raya

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bayaran khas RM500 kepada anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata pembayaran itu sebagai menghargai sumbangan dan dedikasi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan program pembangunan negeri.

Katanya, ia juga sebagai langkah meringankan beban dan membantu mereka membuat persediaan Aidilfitri bulan depan.

"Sejajar keputusan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk memberi Bayaran Khas Kewangan 2016 sebanyak RM500 kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

"Implikasi kewangan untuk pemberian Bayaran Khas Kewangan ini kepada 17,574 orang anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah RM8.786 juta," katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, pembayaran akan dibuat serentak dengan gaji bulan ini.


KERAJAAN Sabah hari ini mengumumkan bayaran khas RM500 kepada anggota perkhidmatan awam negeri. - Foto hiasan

25 dibaca
Berita Harian X