Sabtu, 11 Jun 2016 | 2:22pm
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya di Bukit Begunan, Sri Aman pagi tadi.

Kereta jatuh gaung, warga emas parah


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya di Bukit Begunan, Sri Aman pagi tadi.

SRI AMAN: Seorang lelaki menahan kesakitan kira-kira sejam apabila tersepit dalam keretanya yang jatuh ke dalam gaung di Bukit Begunan, di sini, pagi tagi.

Nahas kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berlaku apabila Unggin Gara, 63, gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni laluan berbukit itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.03 pagi.

Sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerah ke tempat kejadian yang terletak 47 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi pada jam 10.59 pagi, seorang lelaki ditemui tersepit dalam keretanya sebelum dikeluarkan oleh anggota kami.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan diserahkan kepada anggota paramedik untuk rawatan sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman," katanya.

Bukit Begunan adalah antara lokasi paling berbahaya dan kawasan pendakian paling tinggi di laluan Pan Borneo.

Berita Harian X