Sabtu, 11 Jun 2016 | 12:00am

Hotel Concorde saji sup Gearbox XXXL


PENYEDIAAN sup gearbox XXXL di Hotel Concorde Kuala Lumpur. - Foto Munira Abdul Ghani

SUP gearbox XXXL! Itulah hidangan istimewa setiap kali Ramadan di Hotel Concorde Kuala Lumpur (HCKL) seolah-olah menjadi tanda perniagaan mereka.

Tidak sah berbuka puasa tanpa hidangan yang muncul hanya setahun sekali. Perkara ini diakui oleh Eksekutif Sous Cef, Azlan Juri, 37, apabila permintaan sup gearbox XXXL memberangsangkan kerana hidangan ini ada penggemar setia, lebih enak apabila dimakan bersama roti.

Hampir setiap meja, sup gearbox XXXL menjadi menu pilihan utama. Lazimnya pengunjung makan yang 'ringan-ringan' saja dulu ketika berbuka seperti sup bersama roti, disulami kuih-muih Melayu tradisional seperti tepung talam, kuih sago, abuk-abuk, kuih ketayap, seri muka dan beraneka bubur, sekali gus menjadikan saat berbuka puasa di HCKL seolah-olah tetamu berasakan diri mereka berada di kampung, menikmati juadah bersama yang tersayang.

Rambang mata

Penulis rambang mata ketika menghadiri sesi ulasan menu bufet Ramadan yang bertemakan Ala-Ala Kampung di HCKL baru-baru ini. Semuanya nampak sedap, ditambah peragaan hidangan, membuatkan selera anda pasti 'bergelora' sehingga sanggup berbaris semata-mata untuk merasai ikan sepat masin dan sayur-sayuran kampung yang kita jarang temui, tapi di HCKL semuanya tersedia depan mata.

Tiba-tiba Cef Azlan berdiri di belakang penulis yang sedang beratur mengambil pemanis mulut apabila pelbagai jenis manisan berwarna-warni seolah-olah menjadi nilai tambah untuk kita mencuba hidangan itu.

Beliau membisikkan sesuatu, 'Kita sebenarnya makan dengan mata dulu, baru suap ke mulut'.

"Bagi saya, rasa hidangan berkenaan dan penyajian, sangat penting untuk menambat selera tetamu. Orang kata first impression," katanya.


SUP gearbox XXXL antara menu istimewa sepanjang Ramadan. - Foto Munira Abdul Ghani

ANTARA hidangan istimewa bufet Ramadan di Hotel Concorde Kuala Lumpur. - Foto Munira Abdul Ghani

4 hidangan istimewa

Hanya pada Ramadan sahaja iaitu bubur lambuk, sup gearbox, teppanyaki & kambing panggang

20 menu utama - Antaranya ayam masak lemak pucuk ubi, gulai urat & kambing Cik Putih

20 jenis - Kerabu, ulam-ulaman & sayur-sayuran kampung Sebarang pertanyaan dan tempahan meja hubungi 03 2717 2233 atau 1 800 883 668

15 dibaca
Berita Harian X