Khamis, 9 Jun 2016 | 11:18pm

Carrick sambung kontrak dengan United


Michael Carrick.

LONDON: Michael Carrick menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani perjanjian baharu selama setahun dengan Manchester United, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Kontrak Carrick dijadualkan tamat pada penutup musim ini dan berdepan kemungkinan meninggalkan Old Trafford apabila Jose Mourinho dilantik menggantikan pengurus yang dipecat Louis van Gaal.

Namun pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan peluang untuk berhijrah ke pasukan liga Australia, Perth Glory.

Namun Mourinho percaya Carrick boleh memainkan peranan dalam perancangannya untuk mengubah United musim depan dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian baharu bersama kelab itu sehingga 2017.

"Michael ialah pemain tengah yang sangat bijak dan pandai membaca perlawanan. Saya gembira dia akan menyambung kontraknya," kata Mourinho dalam kenyataan dikeluarkan United. - AFP

Berita Harian X